PiFi Art Is Valid HTML5
Follow

PiFiCyber Banner

1. AMSMuvee 2. Rea_Perz 3. ./IllutionParadox 4. [ ./Cyber Lover] 5. Giler Hackers! 6. OMG! Hackers? 7. Phantom Crews 8. z0mbi3z [BLOG] 9. MyCyb3r Syn 10. Cracktivity Blog

Cara Hack Candy Crush Saga

Assalamualaikum, apa khabar pembaca? Korang pernah tak main game Candy Crush Saga? Game ini tidak asing lagi kerana ia dah dipopularkan oleh penyanyi PSY @ Park Jae-sang di dalam lagunya Gentlemen. Tak caya, cuba lihat sendiri.

Cara ini hanya berfungsi dengan browser Mozilla Firefox kerana kita akan menggunakan extensions/add-ons dari leethack.net. Extensions/Add-ons ini membolehkan korang bermain tanpa batasan atau unlimited fungsi terhadap game ini.


Keadaan ini sebelum kita memasang extension hack


Candy Crush Saga Hack Cheats Features
  • Candy Crush Saga Life hack
  • Candy Crush Saga Lollipop Hammer hack
  • Candy Crush Saga Score hack
  • Candy Crush Saga Free Power ups hack


Langkah 1
Download extension ini di SINI
note: benarkan ia install

download dahulu extension ini

sekarang install extension yg di download tadi

Langkah 2
Login FB korang macam biasa, kemudian buka game Candy Crush Saga
note: kadang kala loading untuk masuk game ini tak jalan, jadi anda tidak perlu risau. hanya re-fresh browser itu.

Pilih boosters kesukaan anda
  
Langkah 3
Dah selesai loading? sekarang tengok bahagian atas tu 99life kan. Itu bermakna anda telah berjaya install extension ini. Yay2 goyang buntot sikit. haha


Nota tapak kasut
Buat masa sekarang cara ini tidak di detect  lagi oleh pihak facebook, Sekiranya anda menyangka tutorial nie menyebabkan anda kena ban dari main game ni sebenarnya anda silap kerana saya telah menggunakan trick ini dari level 1 lagi dan tiada apa-apa masalah.

Cara Install Kakaotalk di PC



KakaoTalk untuk PC!
Adakah anda ingin KakaoTalk pada Komputer peribadi anda?


PiFi akan mengajar anda bagaimana untuk memasang dan menggunakan KakaoTalk untuk komputer PC anda dengan mudah dan cepat.


Langkah 1: Muat turun Android Emulator

1. Download BlueStacks di komputer peribadi PC anda Disini. Ikuti petunjuk pada layar. Pilih BlueStacks untuk Windows atau Mac

2. Install Bluestacks.

3. Komputer anda sekarang telah memiliki "Mobile Phone" emulator.

4. Dan sekarang install KakaoTalk manual untuk PC dari Sini


Langkah 2: Install KakaoTalk pada PC

Jalankan software BlueStacks dan Anda akan melihat Icon KakaoTalk. Jika Anda tidak melihat ikon Kakao talk.  gunakan menu pencarian dan cari KakaoTalk.

1. Sekarang klik pada ikon KakaoTalk.

2. Install KakaoTalk di komputer Anda.

3. Anda perlu untuk menyetujui semua syarat dan ketentuan.

4. Selesaikan proses intallasi dan jalankan aplikasi KakaoTalk dengan mengklik pada icon KakaoTalk baru.


Ketika Anda mulai menjalankan di komputer Anda, aplikasi Kakao Talk akan meminta Anda  nombor phone Anda. Masukkan nombor phone Anda. Anda kemudian akan menerima kode verifikasi. kemudian masukkan kode tersebut ke kotak teks dan aplikasi Kakao Talk siap digunakan di PC anda.
Apa lagi?  Enjoy lah dengan Kakaotalk :)



Semoga Bermanfaat
Assalamualaikum

Pulihkan Kata Laluan (Windows) Dengan Kon-Boot (Untuk Kebaikan! Bukan Untuk Kejahatan!)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Perhatian : Artikel ini ditulis bukan untuk mengajar anda menggodam, kerana penggodam 'sebenar' tidak menggunakan tools seperti ini (melainkan malas atau tak mahu susah berfikir?). Ia ditulis semata-mata untuk berkongsi kebaikan yang kita boleh dapat dari tools ini apabila tiba masa-masa mendesak seperti anda terlupa kata laluan dan sebagainya.

Apa Itu Kon-Boot?

Kon-Boot ialah:
Kon-Boot is an application which will silently bypass the authentication process of Windows based operating systems. Without overwriting your old password! Easy to use and excellent for tech repairs, data recovery and security audits. 
Commercial Kon-Boot version works with both 64-bit and 32-bit Microsoft Windows operating systems and also include privilege escalation and sticky keys feature.

Secara ringkasnya, Kon-Boot adalah tool yang mampu membantu anda memulihkan semula akaun Windows anda yang anda terlupa kata laluannya (sebagai contoh) tanpa perlu melibatkan pengetahuan teknikal yang 'berat'.

Ini adalah kerana Kon-Boot berfungsi secara automatik dengan melepasi skrin log masuk Windows tanpa perlu memasukkan kata laluan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah rakam (burn) imej Kon-Boot ke dalam peranti USB dan ia siap untuk berkhidmat. Tool ini terdapat dalam dua  versi iaitu percuma (sokongan terhad) dan berbayar (lebih ciri dan sokongan juga 'lebih sedikit'. Biasa la.. marketing tu!).

Anda boleh dapatkan versi percuma di sini : Versi Percuma, klik dan boleh gunakan tanpa was-was

Versi berbayar pula ada di sini : Versi berbayar, klik dengan senyuman, bayar dengan duit!

Berikut adalah contoh video Kon-Boot sedang beraksi:



Semoga Bermanfaat.
Assalamualaikum.

Mouselock : Ketahui 'Pencerobohan' PC Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Seseorang boleh mengetahui dengan mudah setiap perincian maklumat mereka yang telah menceroboh PC masing-masing dengan memasang keylogger di PC sendiri. Keylogger (Keyboard Logger), seperti yang diketahui akan merakam setiap apa yang ditaip pada papan kekunci, jadi apa jua maklumat mereka yang menggunakan PC anda akan dapat diketahui.

Namun, kelemahan keylogger ialah ia menggunakan sumber dari PC anda (RAM, CPU) dan ini boleh menyebabkan prestasi PC anda menjadi berkurangan. Bagaimana jika anda tidak mahu merakam aktiviti 'penceroboh' PC anda, tetapi cukup sekadar anda 'dimaklumkan' sahaja mengenainya?

Di sinilah Mouselock boleh membantu. Ia berfungsi dengan cukup mudah. Anda cuma perlu buka laman webnya, kemudian log masuk menggunakan akaun Google anda:


 

Pilih mana-mana nombor untuk dijadikan sebagai 'kod rahsia' anda (jangan lupa pula!):


Setelah itu, halakan anak panah anda kepada slot di tengah-tengah tersebut dan klik padanya:


Apabila seseorang cuba menggunakan PC anda 'tanpa kebenaran', dan dia tidak dapat meneka nombor yang sepatutnya dalam masa yang beberapa saat, Mouselock akan bertindak dengan menghantar e-mel untuk memaklumkan kepada anda aktiviti tersebut:




Kalau hendak trik ini lebih berkesan, gunakan pelayar web dalam mod skrin penuh sebelum meninggalkan PC anda kepada pengawasan Mouselock, supaya ia tidak kelihatan digunakan hanya melalui pelayar web.

Tak lupa juga Mouselock boleh menggunakan kamera web anda untuk menangkap gambar 'penceroboh' PC anda. PiFi tak pasti sama ada gambar itu akan dihantar ke e-mel anda tetapi setakat yang telah PiFi cuba, tiada gambar yang telah dihantar meskipun ia telah diambil dari kamera web.

Kelemahan trik ini ialah, anda tidak akan dapat tahu siapa yang menggunakan PC anda (melainkan anda menggunakan pengawasan kamera), apa yang telah dilakukan olehnya, dan jika mereka yang tahu mengenai Mouselock ini dijalankan melalui pelayar web, mereka hanya perlu tekan kekunci Ctrl + W sahaja untuk menutupnya sebelum kiraan masa berakhir. Hahaha..

Time-time cenggini jangan serius sangat! :p

Semoga Bermanfaat.
Assalamualaikum.

Fungsi Google Yang Jarang Kita Ketahui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kali ini PiFi akan kongsikan kepada anda beberapa fungsi enjin carian Google yang kurang dikenali atau jarang digunakan.



Enjin carian Google merupakan sebuah enjin carian yang cukup hebat. Tidak hanya digunakan sebagai enjin carian sahaja,enjin carian Google meliputi tugasan harian. Mungkin terdapat perisian yang dapat dapat digunakan dengan mudah. Tapi,jangan pandang rendah dengan kehebatan yang Google miliki. Tidak usah berpanjang lebar menutur bicara. Kita teruskan kepada tujuan dan pembelajaran kita. Tapi sebelum itu,jangan anda terkejut beruk apabila terlihat sesuatu yang agak luarbiasa. Google Malaysia didominasi oleh blogger daripada Indonesia khusus dalam bidang teknologi informasi. Sayang,kita bukan ada sekatan internet. Internet di Malaysia masih boleh lagi dikategorikan sebagai bebas. Kita lihat statistik yang dikeluarkan oleh Google dengan kerjasama UITM rasanya. Memetik kata daripada laman Amanz.my menyatakan bahawa 18 Juta Orang Pengguna Rakyat Malaysia Kini Mengakses Internet

Adakah 18 juta pengguna ini hanya mengemaskini status di Facebook dan Twitter yang dijadikan sebagai diari elektronik. Jika anda miliki akaun Facebook. Anda masuk/turut serta dalam kumpulan Malaysia dan Antarabangsa. Sebagai contoh,anda serta dalam kumpulan yang berkongsi barangan cetak rompak (pirated). Jangan anda terkejut beruk sekiranya anda terlihat beberapa soalan "macam mana nak download video ni". Soalan apa ni? Lainlah jika soalan itu ditujukan ke laman sesawang Hulu. Boleh tahan lagi. Jadi,PiFiperlu hentikan penulisan di sini atau nama bersih OMG! Hackers? bakal dirosakkan oleh PiFi.

Google Sebagai Kalkulator.
Jika anda lihat. Google tidak hanya membekalkan kalkulator asas seperti +,-,/,^ tapi Google boleh dijadikan alternatif kepada kalkulator saintifik Casio.

Google Sebagai Penukar.
Anda tidak hanya dapat menukar. Anda juga turut dapat mengetahui peratusan turun naik matawang dunia. Anda juga boleh menukar suhu,panjang,berat dan lain-lain. Cuba,"fahrenheit to celcius" dari hasil carian tadi anda boleh dapat hasil carian bagi tukaran lain juga.

Google Sebagai Pencari Format Fail.
Kaedah ini memudahkan anda mengenali sesebuah format fail. Tidak kira format fail komputer dan sebagainya. Perkataan :pdf tersebut boleh digunakan untuk mencari dokumen dalam bentuk pdf. Lebih mesra dengan panggilan 'e-book'. Cuba,"Steve Jobs:pdf"

Google Sebagai Pencari Definisi Sesuatu Perkara.
Apa sahaja definisi yang anda inginkan. Jika,ada yang menulis akan perkara tersebut. InsyaAllah ada hasilnya. Mulakan dengan perkataan definisi,maksud,apa itu dan sebagainya.

Banyak lagi yang anda akan anda dapat sekiranya anda menggunakan teknologi dengan sebaiknya. Tambahan sedikit ilmu tentang Google [di sini].

p/s: Google dan penggodam memang cukup sinonim.

Semoga Bermanfaat.
Assalamualaikum.

Tonton Youtube Dengan FullScreen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Harap anda tak jemu-jemu baca Artikel PiFi ini. Kali ini,PiFi hanya ingin menulis artikel dan tutorial mudah sahaja.  PiFi teruskan kesinambungan artikel dan tutorial ringkas. Selain anda mendapat sebuah ilmu baru,anda juga dapat mempraktikkannya dengan jitu kerana tutorial ini semudah ABC.

YouTube memiliki fungsi menonton secara paparan penuh. Hanya dengan klik fungsi paparan penuh pada ruangan yang disediakan anda sudah dapat menonton dengan tenang. Tetapi jika anda seorang pengguna tegar laman sosial. Mungkin agak sukar untuk melakukan hal yang sedemikian. Mungkin juga anda seorang peniaga alam maya dimana anda memiliki pelanggan yang ramai. Untuk rehat sebentar sahaja pun agak sukar. Jadi,dengan fungsi yang akan dibincangkan sebentar lagi. Ketenangan itu mungkin wujud meskipun tidak tinggi.

Seperti yang PiFi katakan tadi dimana artikel ini sebuah artikel tutorial mudah dan ringkas. Jadi,tidak usahlah PiFi berpanjang lebar. Kita teruskan kepada tujuan kita.

1. Kunjungi laman penstriman video YouTube Malaysia.

2. Pilih video yang anda ingin tonton. Sebagai contoh PiFi memilih video "Counterplay" Live Action Short oleh SiliconGold.



3. Salin ID bagi video anda. Salin selepas simbol sama dengan (=) Contoh:-

https://www.youtube.com/watch?v=AHRMtrb7vE0
4. Buka satu tab dan taipkan pautan dibawah. Masukkan ID video selepas huruf v/.
https://www.youtube.com/v/AHRMtrb7vE0

5. Jadi,tontonlah dengan gembira.

[Kemaskini].
Daripada sumber bebasmendapati bahawa kaedah ini juga dapat digunakan untuk melepasi sekatan umur yang ditentukan pada sebuah video.


Semoga Bermanfaat.
Assalamualaikum.

Periksa Antivirus Anda Berfungsi Dengan Baik Atau Sebaliknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Artikel kali ini, PiFi akan kongsikan panduan mudah untuk anda memeriksa sama ada antivirus anda berfungsi dengan baik atau sebaliknya.



Antivirus merupakan sebuah perisian pertahanan yang cukup sinonim bagi pengguna sistem pengoperasian Windows. Setiap hari ada sahaja virus yang dicipta dengan pelbagai tujuan. Seiring dengan kemajuan teknologi virus tidak hanya dicipta untuk sistem pengoperasian komputer malah virus telah banyak dicipta untuk sistem pengoperasian telefon pintar dan baru-baru ini kedengaran virus sudah mula merebak kepada kenderaan. Untuk pembelajaran pada kali ini. Kita akan belajar bagaimana untuk memeriksa sama ada antivirus kita berfungsi dengan baik atau sebaliknya pada sistem pengoperasian Windows.

Kaedah memeriksa antivirus ini disediakan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Fail yang akan anda buat akan dianggap virus oleh antivirus anda. Tetapi,jangan anda risau kerana fail tersebut bukanlah virus. Jika antivirus anda tidak mengendahkan fail ini,maka disarankan agar anda memilih untuk menukar antivirus yang baharu yang lebih terpercaya. Kadangkala sesebuah perisian antivirus tidak dapat mengesan fail ini sebagai virus secara automatik. Ini bermakna anda perlu klik fail tersebut dan tunggu apa reaksi antivirus anda. Tanpa membuang masa,kita teruskan kepada tugasan kita.

1. Buka aplikasi Notepad.Windows + R,taipkan Notepad.exe.

2. Salin dan tampal kod di bawah pada ruangan yang disediakan.
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. Simpan fail dengan format .com atau .exe. Contohnya,antivirus-test.com dan klik Save.


4. Tunggu sehingga antivirus anda mengesan fail ini sebagai virus.


Semoga Bermanfaat.
Assalamualaikum.
 
Terima Kasih Untuk Kunjungannya \(≧∇≦)/ I Love You All ^-^