Suka dengar radio tempatan seperti Hot FM, Era FM, THR Gegar dan sebagainya? TuneIn Radio adalah aplikasi terbaik untuk dengar radio malaysia online pada pelbagai pelantar seperti Windows 8, iPhone, iPad, Android, Windows Phone, Blackberry dan sebagainya.
Dengar pelbagai radio tempatan dengan mudah dan cepat, tak perlu lagi buka website semata-mata nak dengar radio malaysia online…tak perlu lagi install banyak app radio yang menyemak di homescreen phone anda.
TuneIn Radio
TuneIn Radio untuk Windows 8 sangat elegan dan anda hanya perlu install dan terus pilih radio-radio kegemaran anda. Kualiti radio pula agak bagus dan stream sangat laju dan tidak sangkut-sangkut.
Bukan sahaja radio Malaysia, malah anda juga boleh mendengar saluran-saluran radio negara luar, saluran berita sukan dan sebagainya.
Anda boleh snap aplikasi TuneIn pada desktop Windows 8. Sambil buat kerja boleh dengar radio Malaysia online juga.
Download TuneIn Radio untuk Windows 8. Atau boleh search “TuneIn” pada Windows Store.
Aplikasi TuneIn Radio untuk Android.
Selain itu TuneIn juga boleh digunakan pada Windows Phone dan Blackberry.
Tidak mempunyai peranti-peranti Windows 8, iOS atau Android? Dengar radio Malaysia online di TuneIn Radio Web.
Selamat mencuba!
Semoga Bermanfaat
Assalamualaikum
p/s: Kan bagus kalau ada “Adblock Plus” untuk radio.. tak perlu lagi iklan yang menyemak.. betul tak? Haha
Backlink Please !
| URL |
| Code For Forum |
| HTML Code |
.png)








