PiFi Art Is Valid HTML5
Follow

PiFiCyber Banner

1. AMSMuvee 2. Rea_Perz 3. ./IllutionParadox 4. [ ./Cyber Lover] 5. Giler Hackers! 6. OMG! Hackers? 7. Phantom Crews 8. z0mbi3z [BLOG] 9. MyCyb3r Syn 10. Cracktivity Blog

Tingkatkan Sekuriti Anda!

Klik gambar untuk besarkan
Sekarang ni mesti ramai yang suka blogging. Betul tak cakap PiFi ini? Hati-hati! Walaupun sekuriti Google tergolong dalam golongan payung besar, tak semestinya payung tu tak boleh ditembusi. Kali ini PiFi nak bagi tips macamana nak tingkatkan sekuriti akaun kamu.


1. Password yang mantop!
Password yang mantop merangkumi aspek-aspek berikut:
  - Tiada kaitan dengan hidup. Password yang ada kaitan dengan hidup kamu akan menyebabkan akaun kamu mudah untuk dibolos.
  - Password yang panjang. Kalau boleh buat password yang panjang lebar sampai orang pun semput nak baca password kamu. PiFi cadangkan panjang password kamu tu biarlah melebihi 10 characters.
  - Gabungan huruf besar dan huruf kecil. Cantikkan password kamu dengan gabungan huruf besar dan huruf kecil!
  - Gabungan huruf, simbol dan nombor. Cara begini dapat menyusahkan hidup orang yang ada niat nak pecah masuk akaun kamu.
Contoh password yang mantop: n3n3kNI$iBU74it. Tapi cmne nak hafal password yang panjang-panjang ni? Guna jela Notepad ke, handphone ke, paling teruk pun salin lah kat kertas.

2. 2-Step Verification
Cara ni dapat mengelakkan akaun kamu dilogin di komputer yang tidak dikenali. Tonton video ni untuk cara melakukan 2-Step Verification.




3. Menggunakan https
Untuk penggunaan internet yang lebih baik, gunakanlah https. Selepas login akaun gmail kamu, pergi ke Mail Settings. Klik pada tab General kemudian klik Always use https pada pilihan Browser connection.

4. Menggunakan password recovery
Sekiranya akaun kamu dibolos orang dan orang tu menukar password, kamu boleh recover balik akaun kamu. Maknanya password kamu akan kembali kepada asal sebelum ditukar oleh orang tersebut. Selepas login akaun gmail kamu, pergi ke Mail Settings. Klik pada tab Accounts and Import kemudian klik Change password recovery options pada pilihan Change account settings.

5. Memeriksa account activity
Kadang-kadang orang yang membolos akaun kamu akan memasuki akaun secara senyap. Berkemungkinan orang tersebut hanya membaca emel ataupun mendelete post kamu di blog. Jadi kalau ada rekod login daripada IP Address yang tidak dikenali, cepat-cepatlah ambil langkah keselamatan dengan menukar password dan mengikut langkah-langkah yang telah PiFi bagi.

Takkan nak jadi macam blog ini kot? Tingkatkan sekuriti kamu ye!

Semoga Bermanfaat
Assalamualaikum

Klik gambar untuk besarkan


Facebook Comments
0 Blogger Comments



 
Terima Kasih Untuk Kunjungannya \(≧∇≦)/ I Love You All ^-^